Mildef Tarantula HMAV
Mildef Tarantula HMAV

Mildef Tarantula HMAV

MILDEF Tarantula HMAV 4x4[2] ialah kenderaan mobiliti infantri tahan periuk api 4x4 V-hull Malaysia yang memberikan perlindungan tahap tinggi terhadap pelbagai ancaman di medan perang seperti periuk api dan alat letupan buatan. Kenderaan berperisai ini direka dan dihasilkan oleh syarikat tempatan Mildef. Ia pertama kali dilancarkan pada 11 Februari 2021. Kenderaan ini dikembangkan untuk menjalankan tugas pengangkut personel berperisai dengan kemampuan tahan ranjau dan juga mempunyai ketangkasan yang baik di medan perang.[3]

Mildef Tarantula HMAV

Tempat asal Malaysia
Dihasilkan 2021-sekarang
Kelegaan bumi 430 mm
Tinggi 2.5 meter
Lebar 2.5 meter
Kelajuan 110 km/h
Senjatapertama 12.7mm RCWS
Direka 2013-?
Transmisi Allison automatic transmission
Berat 14 tan (berat kasar), 11 tan (tanpa muatan)
Kuasa/berat 23.57 Hp/ton
Sistem ampaian 4x4
Panjang 5.6 meter
Armor Perisai komposit, perlindungan perisai Stanag 4569 A2 (peluru dan balistik) dan Stanag 4569 LA2/L2B (bom tangan dan periuk api)
Enjin Enjin Caterpillar
330 HP
Jumlah dibina 2 prototaip[1]
Krew 10 orang
Pengeluar Mildef
Jenis APC / MRAP